Menjaga Kebersihan Diri
Objektif
Memahami maksud kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.
Menyenaraikan kepentingan penjagaan kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.
Menjelaskan kesan-kesan pengabaian kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.
Definisi
Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.
Ciri-ciri
Sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian.
Mempunyai disiplin diri yang tinggi dan memastikan diri berada dalam keadaan yang bersih sepanjang masa.
Amalkan cara hidup yang sihat seperti tidak berkongsi tuala dan berus gigi.
Komponen Kebersihan Diri Dan Tubuh Badan
A . Kebersihan mulut
Penjagaan gigi
# Menggunakan ubat gigi semasa memberus gigi.
# Gunakan kaedah yang betul semasa memberus gigi.
# Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
B. Kesihatan gigi
# Kurangkan pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
# Kurangkan minum minuman berkarbonat.
# Banyakkan makanan yang boleh menjaga kesihatan seperti sayur-sayuran.
C. Penjagaan kulit
Kudis
# Mandi sekuran-kurangnya dua kali sehari.
# Gunakan sabun dan air yang bersih.
# Basuh pakaian, cadar dan sarung bantal dengan bersih .
D. Penjagaan rambut
Kutu dan kelemumur
# Cuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
# Gunakan syampu yang sesuai semasa mencuci rambut.
# Keringkan rambut dan sikat dengan rapi untuk mengelakkan kelumumur.
Cuci tangan sebelum dan selepas makan
|
Potong kuku yang panjang supaya tidak dijangkiti bakteria.
|
Cuci rambut dengan syampu supaya bersih dan wangi.
|
Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
|
Kuku yang panjang harus dipotong pendek
|
Murid-murid sekolah dilatih menggosok gigi dengan cara yang betul.
|
Gigi yang rosak perlu diberi rawatan
|
Rambut hendaklah sentiasa dijaga dan disikat rapi.
|
Comments
Post a Comment