9 ‘Ancaman’ Kepada Tubuh Jika Anda Selalu Kurang Tidur Dari 7 Jam Setiap Malam
Mendapat waktu tidur selama 7- 8 jam adalah tempoh yang disarankan oleh pakar supaya badan dan minda dapat berfungsi dengan baik. Namun, gara-gara terlampau sibuk dengan kerja atau sibuk dengan pelajaran, ramai dalam kalangan kita yang mempunyai waktu tidur yang tidak cukup. The shorter you sleep, the shorter your life membawa maksud apabila anda tidak menjaga waktu tidur dengan sebaiknya anda berpotensi untuk mempunyai jangka hayat yang pendek! Ini adalah 9 ancaman kepada tubuh kita apabila tidak mempunyai tidur yang cukup.
,1. RISIKO TINGGI KEPADA KANSER
Berdasarkan salah satu kajian di luar negara, kurangnya tidur sebenarnya dapat mendedahkan kita dengan risiko penyakit kanser. Kanser yang terlibat adalah kanser kolon dan kanser payudara.
2. KULIT CEPAT MENGALAMI PENUAAAN
Sudah semestinya apabila tidak mempunyai tidur yang cukup, jelas akan terpancar di wajah kita. Kajian juga mendapati bahawa jika kulit sering terdedah dengan cahaya matahari pun tidak akan kembali sembuh jika anda tidak mempunyai tidur yang cukup.
3. CENDERUNG KEPADA AMALAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Apabila kita tidak mempunyai waktu tidur yang cukup dan tidak teratur, kita lebih cenderung untuk mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Antaranya adalah merokok dan suka ambil makanan yang berkalori tinggi . Hal ini kerana ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan sistem dalaman badan kita tidak stabil.
4. MASALAH INGATAN
“Kenapalah aku selalu lupa?” Ini adalah perkara yang akan selalu terjadi apabila anda tidak mempunyai waktu tidur yang cukup. Bukan sahaja untuk dalam tempoh yang dekat, jika penjagaan waktu tidur tidak dilakukan secara teratur ia dapat menjejaskan kesihatan anda untuk jangka masa yang panjang.
5. RISIKO PENYAKIT ALZHEIMER
Beberapa kajian di luar negara ada menyatakan bahawa tidur merupakan salah satu cara untuk’mencuci’ otak kita dari beta amyloid protein yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer. Jadi, jika anda tidak menjaga waktu tidur dengan baik dan teratur, macam mana kita nak lawan penyakit Alzheimer ini kan?
6. MUDAH MENGALAMI HALUSINASI
Sudah semestinya apabila tidak mempunyai waktu tidur yang cukup, fokus kita akan hilang dan akan mula berhalusinasi. Lagi lama otak dan tubuh anda berada di tahap ‘berjaga’ makin teruk jadinya proses anda berhalusinasi.
7. SISTEM IMUNISASI TIDAK AKAN BERFUNGSI DENGAN BAIK KETIKA ANDA LETIH
Setiap tubuh kita mempunyai sistem imunisasi untuk mencegah tubuh kita dari sebarang jenis penyakit. Salah satu cara untuk menguatkan sistem imunisasi kita adalah dengan mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti.
8. SELALU SAKIT KEPALA
Kenapa selalu pening kepala walaupun sudah tidur sebentar? Mendapat tidur yang cukup iaitu selama 7 jam dan keatas adalah ‘penawar’ bagi masalah sakit kepala yang berpanjangan. Walaupun anda sudah tidur sebentar, ia sebenarnya masih belum memadai untuk tubuh dan otak anda berehat.
9. SLEEP APNEA
Masalah sleep apnea adalah dimana anda selalu berdengkur ketika tidur. Hal ini menjurus kepada masalah untuk tidur dengan lena gara-gara sistem pernafasan kita sudah tersumbat. Rawatan lanjut harus diambil supaya dapat mengelakkan keadaan pernafasan yang lebih serius.
Comments
Post a Comment