Permulaan Hari Yang Kuat Dengan Protein Daripada Susu! Ini Yang Anda Perlu Tahu!
Sarapan pagi memainkan peranan yang penting dalam membekalkan nutrisi kepada tubuh badan. Sarapan yang berkhasiat serta seimbang dari segi nutrisi merupakan kunci utama kepada hari yang kuat.
KENAPA PENGAMBILAN SUSU PENTING?
Disinilah wujudnya kepentingan pengambilan susu kepada kita semua. Mesti anda nak tahu lebih lanjut apa kepentingan susu kan? Inilah rahsianya…
APA PERANAN KALSIUM & PROTEIN?
Kalau anda nak tahu, protein memainkan peranan penting sebagai agen blok pembina otot, tulang, rambut dan kuku. Pada masa yang sama,pengambilan kalsium memastikan tulang yang terbentuk kuat dan sihat. Ini termasuk semua komponen tulang utama pada tubuh badan seperti tulang belakang, tulang kaki, lutut dan gigi tau.
Bukan itu sahaja, pengambilan protein akan menyebabkan berlakunya proses biokimia semula jadi dalam tubuh badan kita yang akan membantu pembentukan, pegawalan, pembaikan dan perlindungan tubuh badan itu sendiri. Awesome kan?
Menurut kajian, protein mempunyai 9 asid amino (EAA) yang akan membantu proses penghadaman. Inilah sebabnya penting untuk kita mengamalkan tabiat pengambilan susu dalam rutin pemakanan harian terutamanya untuk sarapan pagi.
Jadi, jangan sesekali fikir susu hanya untuk kanak-kanak sahaja. Sebaliknya, pengambilan susu penting untuk semua peringkat umur.
Kalau tadi kita dah cerita kepentingan kalsium dan protein serta pentingnya pengambilan susu secara konsisten, ni admin nak sentuh tentang perbezaan protein dan lemak pulak. Ini maklumat yang sangat penting untuk anda.
Bukan apa, protein tak sama macam lemak ye. Lemak boleh kekal dalam badan tapi tidak bagi protein. Kita perlu bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20 hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita.
Ini kerana pengambilan kalsium dan protein yang mencukupi menjadikan tubuh badan lebih sihat dan kuat. Sebab tu la kita digalakkan untuk minum segelas susu sewaktu sarapan pagi setiap hari untuk permulaan hari yang kuat.
SEGELAS SUSU SEWAKTU SARAPAN!
Kenapa segelas susu sewaktu sarapan? Sebab minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan pelbagai nutrisi penting termasuk protein, kalsium, vitamin A, vitamin B2 dan vitamin D.
Comments
Post a Comment