PURGING VS BREAKOUT
Pernahkah anda mencuba produk penjagaan kulit yang baru, kemudian naik jerawat di muka?
Ada 2 perkara yang mungkin berlaku.
Sama ada kulit anda sedang purging atau breakout.
Ada 2 perkara yang mungkin berlaku.
Sama ada kulit anda sedang purging atau breakout.
Bagaimana untuk menentukan sama ada kulit anda sedang purging atau memang benar-benar breakout?
Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut?
Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut?
Mari kita fahami situasi sebenar yang kulit anda sedang alami.
.
PURGING
Satu hari, anda diperkenalkan dengan produk baru. Anda pun dengan perasaan sangat teruja, mula menggunakan produk tersebut.
Kemudian, tiba-tiba berlaku purging.
Kemudian, tiba-tiba berlaku purging.
Purging adalah satu keadaan di mana apabila kulit anda sedang beradaptasi dengan produk baru yang mempunyai BAHAN AKTIF di dalamnya. Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus.
Kulit anda akan kemungkinan akan purging jika produk itu mengandungi :
- Hydroxy Acids ( asid glikolik, gluconolactone, asid lactic, lactobionic, asid malic, asid mandelic dan asid salicylic )
- Retinoid ( adapalene, isotretinoin, retinol, retinyl palmitate, tazarotene, tretinoin) – ini antara ubat yang digunakan di dalam rawatan jerawat kronik.
- Produk yang mengandungi kepekatan tinggi vitamin C seperti serum.
- Exfoliant.
- Benzoyl peroxide.
Purging akan naik di tempat yang jerawat anda selalu naik. Kalau di dagu, memang dagulah lokasi purging akan berlaku.
Jadi, andai kata anda sedang menggunakan vitamin C Serum, dan tiba-tiba naik whiteheads, small zits atau jerawat halus, dan ia naik di tempat yang memang lazim jerawat selalu naik, kemungkinan besar itu adalah PURGING.
Namun, tak semua orang mengalami purging ini.
Jika berlaku purging, apakah yang patut di lakukan ?
Saranan saya :
• Teruskan penggunaan produk tersebut seperti biasa namun kurangkan kuantitinya.
• Jika pakai serum, kurangkan titisan serum.
• Jika pakai esen, kurangkan penggunaan esen.
• Mengurangkan kekerapan penggunaan produk kepada 1 hari sekali saja iaitu pada waktu malam, atau pakai selang 2-3 hari juga adalah satu cara untuk memberi masa pada kulit anda beradaptasi pada bahan aktif di dalam produk.
• Jika pakai serum, kurangkan titisan serum.
• Jika pakai esen, kurangkan penggunaan esen.
• Mengurangkan kekerapan penggunaan produk kepada 1 hari sekali saja iaitu pada waktu malam, atau pakai selang 2-3 hari juga adalah satu cara untuk memberi masa pada kulit anda beradaptasi pada bahan aktif di dalam produk.
Tempoh masa yang di ambil untuk purging betul-betul hilang ialah 4 minggu.
Sesentengah orang mungkin lebih.
Sesentengah orang mungkin lebih.
Selepas itu, kulit anda akan lebih bersih dan licin apabil semua sel kulit mati sudah pun ditanggalkan dengan efektif dan transformasi kulit yang lebih sihat akan bermula.
Inilah purging.
.
BREAKOUT
Bagaimana pula nak tahu kulit yang memang betul-betul breakout?
- Breakout ialah reaksi kulit akibat liang pori yang tersumbat, alergi atau iritasi akibat bahan di dalam produk.
- Jika produk penjagaan kulit anda TIDAK mengandungi salah satu bahan yang saya nyatakan di atas di mana ia tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh mempercepatkan proses pembaharuan kulit. Produk tersebut juga mungkin mengandungi bahan-bahan yang comedogenic iaitu bahan yang boleh menyumbatkan liang pori.
- Jika jerawat itu muncul di kawasan-kawasan yang tak pernah dinaiki jerawat sebelum ini, jelas ada sesuatu bahan di dalam produk kulit anda yang skin anda tak boleh tolerate.
- Jika jerawat itu muncul sudah berbulan-bulan lamanya diikuti pakej bengkak dan nanah serta tidak menunjukkan tanda untuk surut.
Jadi, saranan saya apabila keadaan ini berlaku, hentikanlah penggunaan produk tersebut serta-merta kerana ia adalah BREAKOUT.
Segeralah dapatkan rawatan yang tepat untuk merawat breakout sebelum kulit anda menjadi lebih teruk.
Silakan #SHARE ilmu kulit ini supaya kawan-kawan anda juga tidak lagi keliru.
VCSAnnona
CantikTakPerluSuntik
RawatKulitDenganBetulDanSelamat
Get Pure Vitamin c serum at Vitamincseries By Annona
Comments
Post a Comment